Air Sg. Perak mengalir tenang. Setenang mindaku kini. Jambatan Iskandar kelihatan gagah merintangi, untuk kemudahan rakyat berulang alik. Aku tertanya-tanya dimana agaknya tempat Dato' Maharaja Lela menikam JWW Birch sehingga mati. Pasir Salak. Tiba-tiba mindaku menerjah memberi jawaban. Ahhh tak mengapalah tentang itu. Yang perlu aku lakukan kini adalah menikmati ketenangan tempat aku menginap. Resort Sungai Perak - RSP. Sebuah resort yang agak terpencil dari arus pelancongan negara. Namun segala yang dipersembahkan walaupun sederhana tetapi amat memuaskan hati. Syukur aku kepada Allah kerana masih ada yang menghargai kerjaya mereka.
1 comment:
Aik? Dah tahu JWW Birch kena tikam kat Pasir Salak, yang dok pi charik kat Kuale Kangsor sapa suruh?
Post a Comment