Monday, July 27, 2009

Biadap

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, biadap membawa maksud 1 tidak tahu adat; kurang ajar: 2 belum maju lagi; masih kuno cara kehidupannya.

Sejak akhir-akhir ini, di Malaysia telah menular perbuatan-perbuatan biadap yang telah menyebabkan banyak kerosakkan. Perbuatan biadap ini berlaku di mana-mana sahaja seperti di Parlimen, Dewan Undangan Negeri, ceramah-ceramah politik, di jalan raya, di dalam kenderaan awam dan seribu satu macam tempat yang kadangkala tidak terlintas di hati kita.

Kesan dari biadap kerana tidak tahu adat
dan kurang ajar menyebabkan ada rakyat yang tidak menghormati raja dan adat resam kaum-kaum lain di negara ini. Ramai yang tidak lagi menghormati lagu kebangsaan Negaraku, malahan mempermain-mainkannya. Di jalan raya pula perbuatan biadap dapat kita lihat setiap hari. Di dalam kenderaan dan tempat awam juga demikian. Harta benda awam tidak lagi dapat bertahan lama kerana pasti ada sahaja tangan-tangan jahat yang menjahanamkannya.

Pelaku biadap ini terdiri dari semua lapisan masyarakat. Terlalu ramai sehingga sukar hendak dituliskan satu persatu. Saya percaya kita semua tahu siapa mereka dan mungkin juga kita tidak terkecuali dalam masaalah ini.

Negara kita yang tercinta ini,akan musnah sama sekali dengan perlakuan kita yang semakin biadap setiap hari. Kita sebenarnya memang kuno di dalam kehidupan. Tidakkah kita terfikir untuk mengubahnya? Adakah terlalu sukar untuk kita mengawal diri agar tidak berperangai biadap? Tidak sayangkah kita kepada negara ini?

No comments: