Wednesday, January 16, 2008

Tiga Tahun Penuh Bermakna Dalam Hidup Ku

Ini adalah catatan sepanjang tiga tahun aku menuntut di AFATS Port Dickson pada tahun 1973 hingga 1975. Tiga tahun di sekolah ini, membentuk aku menjadi seorang manusia yang seadanya. Catatan-catatan ini adalah koleksi tulisan sahabat ku Brader Zulkifli Malik yang mempunyai daya ingatan yang terbaik di antara kami. Nikmatilah.

Kita utarakan sebahagian babak kisah waktu petang di Afats yang kita dapat bayangkan melalui gambar dalam blog sedia ada. Terima kasih kepada yang mengeluarkan kembali gambar kenangan tersebut.
Teruja saya bukan kerana ramai yang suka membaca tetapi kerana tiada nostalgia paling indah melainkan waktu kita sedang membesar (our big turning point in our life).
Menjelang habis waktu kelas (naik taraf - kuliah) yang kurus menulang terus balik ke bilik dengan berlenggang. Berlenggang sebab jarang-jarang bakal pejuang muda ini membawa buku balik ke asrama (kita panggil 'blok') sebab urusan akedemik diterapkan hanya dilakukan dalam kelas. Yang mendaging pula biasa singgah di kantin atau lalu ditepi dewan makan/rumah masak. Pekena teh atau kopi ala Coffee Bean, trend tu. Yang tidak berbakat dalam sebarang sukan atau bersemangat untuk belajar, tinggal lewat dalam kelas. Salah seorang adalah App Tajuddin (Intake 6). Wallah Wa'alam, samada dia nak jadi pandai atau keliru saban hari, dia sahaja yang tahu.
Waktu Sukan (game parade) wajib hadir kerana NCO Bertugas akan memastikan wisel dibunyikan untuk berbaris bagi acara sukan pilihan masing-masing. Biasa perantis yang kaki sukan majoritinya nakal tersendiri. Mereka ini tahu tetapi saja mengambil cabaran disiplin harian. NCO's Bertugas terpekik terpekau memanggil tetapi apakan daya yang di pekik dan dipekau tu semua skot sendiri, yang junior biasanya patuh kerana hormatkan senior.
Sukan ni pelbagai pilihan, sukan gelanggang atau sukan padang. Yang otot berketul-ketul tu sukan padang, manakala yang jari tangan sahaja berketul tu giat dalam sukan gelanggang. Yang tulang atau daging berketul-ketul tu sukan sorak. Lepas baris masuk semula ke blok. Yang handsome terus ke kedai simpang BT 4 bersukan dagu makan roti canai dengan teh tarik. Murah harga tidak cecah RM1.00 pun.
Tengah padang riuh rendah, manakan tidak semua sukan padang main dalam padang yang sama iaitu padang Si Rusa. Sukan Bola Sepak, Hoki dan Ragbi dimuatkan sekali. Bukan perantis Afats sahaja termasuk Perajurit JLJ sama. Digelanggan Tenis dekat Makmal Sains riuh dengan pemain 'volley ball' dengan Brader Samad (intake 4) paling tinggi. Tangan melempai. Pergi masa sendiri balik lompat katak sampai ke blok. Panas lutut. Purata perantis yang bersukan 70% manakala 30% main sukan dagu, lidah dan sukan mata.
Habis bersukan mandi untuk ke Dewan Makan, pakaian mesti kemas kecuali mereka yang diberikan kelonggaran untuk makan petang berpakaian sukan. Pastinya yang senior (tahun 3) mengamalkan kaedah pengswastaan dalam perkara makan. Lepas makan waktu ulangkaji pelajaran (prep hours) di bilik kuliah masing-masing hingga jam 2200. Bilik kuliah ni pun terdapat adegan-adegan tertentu berlaku. Episod berasingan nanti. Lepas prep hours, Balik ke blok rehat, persiapan untuk esok hari dan Revaly dan 'standby bed' untuk junior. Pemeriksaan kehadiran semua junior, pakaian dan kesihatan dilakukan. Cantiknya kuku pun diperiksa, celah peha untuk elakkan kurap dan telinga untuk jelas pendengaran.
Lepas revally masa untuk tidur dalam kelambu, bukan luar kelambu. Brader senior yang menjadi ketua blok memastikan pematuhan untuk tidur berlaku dan lampu dipadamkan tepat jam 2300. Kecuali bilik air. Di sinilah junior membaut kerja yang tertangguh antara lain kilat kasut, basuh baju dan gunting rambut.
Lena habis perantis AFATS tanpa runsing hingga pagi jam 0530.

Siapa budak sekolah paling muda berkawad kaki (macam orang dewasa) dalam tentera kalau bukan budak AFATS, mengadukah kita ? mengadu pada siapa ?

Terhina kah kita kalau brader macam Fathullah dan yang lain, berkawad hentak kaki dalam tong sampah getah dekat cook house, dengan senjata SLR, bukan M-16 atau HK atau Baretta atau Styer.

Sanggupkah budak sekarang mencekah senjata SLR untuk menembak terutama peluru blank semasa latihan Kem Tahunan.

Adakah tentera sekarang menjalani ujian membuka memasang senjata SLR, ujian mengisi peluru. ujian TSM (tindakan serta merta) 'senjata tembak baik, senjata henti ! Kelopak kosong' atau peluru ta meletup atau pin peletup patah'

Sanggupkah budak sekarang mengusung katil dan seluruh layout kit untuk show parade semasa pengawal di dirikan ?

Sanggupkah mereka STANDBY BED dari jam 2200 hingga jam 0100 kemudian kilat kasut semula hingga jam 0200 sebab kena tenyeh oleh senior kita ?

Sanggupkah mereka crowl bawah capoi double decker 100, 200 hingga beribu pusingan ?

Ada kah masa kita untuk tidur petang selain hanya hari minggu ?

Masuk baris seawal jam 0645, MASUK BARIS, KEKANAN LURUS, NOMBOR ! LAPOR, PERIKSA BARIS, NYANYI LAGU NEGARA KU, DAN KENA AMBIL NOMBOR SEBAB KASUT TA KILAT / BAJU TA GOSOK / RAMBUT PANJANG ?

Ada ke budak sekolah pakai seluar AMCO, Levi's, Madrid, Lois, Lee, Wrangler dengan kasut Johnson Cossack, Adidas, Puma, Nike, John Wright.
Baju Lacoste, Arrow, Levi's, Lee, Borgard, Bukta, Grand Slam, Lois ?

Perlu kah kita dulu minta wang saku dengan keluarga ?

Mengadukah kita jika kena star light, tumbuk, tendang ?

Jemukah kita untuk mengemas tempat tidur dan pasang 'LAY OUT KITS' setiap hari kecuali hari cuti ?

Jemukah kita setiap hari minggu makan Maggi ?

Risaukah kita bila bertanding acara sukan nak lawan dengan siapa ?

Jika main Ragbi, bukan gol sahaja yang kita kira, tetapi kita juga kira berapa orang pemain lawan yang akan naik ambulan yang kita juga sediakan ?

Sanggupkah kita berlatih main volley ball dengan LKpl Bouy ? Berlatih Ragbi dengan ?? Mat Salleh tu ?

Bersambung . . . . . . . . cerita dengan anak-anak kita ?

Bodoh ke kita sekolah aliran orang putih, tetapi tiada guru yang betul-betul mengajar B. Inggeris melainkan buka muka surat jawab soalan je ?

Bodoh ke kita tanpa kelas tambahan untuk duduk peperiksaan MCE ?

Tidak ada langsungkah anak-anak dara di sekolah menengah sekitar PD yang tidak kenal budak Afats ?

Ta tahu agamakah dan ta pandai melukiskah kita untuk ambil subjek Lukisan dan Agama Islam tanpa guru dan tiada dalam jadual waktu Afats ?
NOSTALGIA itulah AFATS (SPPAT)

.bersambung . . . .

Budak mana yang paling nakal, bila ada fun fair kat PD, bila hampir fun fair nak tutup lebih kurang 1 jam terakhir, naik kuda terbang yang paling laju . . . . special request terbang, saya teringat Hamdan, Mansor, Amir, Radhi, dan lain-lain yang kepala siut tu, macam-macam adeee ,

Pelajar yang paling tidak rasa presure langsung untuk duduk peperiksaan MCE, adalah budak Afats. Bolih jawab dia tunggu dalam kelas buat sampai habis, kalau susah 30 minit dah ada yang keluar, bukan balik baca buku tetapi tukar pakaian sukan main tennis, sedangkan kawan yang periksa masih dalam kelas.

Sepanjang 3 tahun di Afats, jadual waktu memang ada, tetapi waktu tidur dalam kelas (tidur baring alas overall) dengan waktu belajar sama banyak kalau tidak pun kurang sedikit.

Hisap rokok, jangan cerita, 96 puntung satu hari dalam bilik saya Senior Apprentice Sargent, tu . . . yang hisap . . . . . jangan cakap saya buka ruangan ini untuk mereka mengaku . . . . saya hisap . . . . .
Intake saya yang lapor memang dah hisap rokok pun . . . . jangan cakap . . . .

Bab anjur wayang kulit . . . . lain . . . . . yang tukang pasang layar ! ada . . .
yang tukang simpan . . . . pun ada . . . .
Tukang tulis buku . . . . . hutang pun ada . . . . .
yang buat . . . terbakar pun ada . . . . . . yang tonton rewind pun ada. . . .
SIAPA ! ! ! haaaaaa biar pecah diperut jangan pecah di mulut kecuali dia sendiri nak pecahkan he . . .he . . .
Saya baik punya budak . . . . tumbesaran yang cukup matang itu lah Afats punya budak.

. . . .bersambung . . . . episod 2/3

NOSTALGIA AFATS:

Untuk Tempoh 3 tahun kita dilatih - adakah patut kita masih belum pandai mendisiplinkan diri. Antara lainnya:

Masih alpakah kita untuk bangun pagi-pagi (sebelum Subuh) - kitakan dibentuk begitu !
Masih malaskah kita untuk membersihkan tempat tidur awal pagi - kitakan dibentuk begitu ! Layout kits dari katil, kasut bawah capoi, pinggan, kole, sudu, garpu, towel, bantal lurus guna tali atau ditenang oleh kawan kita yang katilnya di tepi sekali.
Kita sanggup marah dan dimarahi sesama kita kerana mematuhi disiplin asas ini. Kita tidak bergaduh.

Walaupun tiada mesin basuh eletrik waktu itu, kotorkah baju kita. Kita juga dilatih untuk basuh baju bukan sekadar baju sendiri, malahan baju brader kita yang tua. Demi memastikan rasa malas itu hilang dari diri brader kita.
Apa akan terjadi jika kelambu kita berlubang ? Show parade lah jawapnya. Itu dianggap ringan hukumannya. Selalunya Show parade dengan layout kits (kail danalmari masuk parade yang dipanggil "behind guards"

Petang hari jam 1830 waktu itu semua katil (capoi) telah siap menggantung kelambu pocong hijau seolah-olah kita akan masuk tidur jam 7 malam. Mereka yang bermain atau lambat balik, tetap ada kawan yang tolong gantungkan kelambu dan ambilkan nasi dari 'cook house' untuk mereka terus makan menjelang hari esok. Adakah kita perlu tanya kawan kita untuk itu semua ?

'Prep Hours' pergilah sendiri ke kelas, yang nakal itu bukannya mereka jahat tetapi tulin ada kerja kumpulan untuk tidak ke prep hours.

Hanya kentin Apek Tua dengan anaknya yang ada TV, itu pun tidak sepenuh mana waktu malam sebelum kita melabuhkan kepala. TV bukan satu trend untuk melepak asyik kecuali seorang dua.

Hari-hari cuti minggu dan hari cuti umum lainnya, aktiviti riadah sedikit cuma, macam saya 'dating' juga. Tetapi ada masa untuk kemaskan diri antara lainnya, membakar spring katil kerana pijat, hangit bilik asrama kerana memanggang pijat durjana.
Hari cuti juga untuk cuci segala, kasut bakar membakar, tampal menampal, kalau bukan aktiviti tentera, brader yang senior bikin cerita. Boot bola, baju ragby Bukta, kayu hoki, jersy sukan, semuanya dibersihkan, di kiwi dan dijemur.

Gemuk obes kah kita, yang ada bukannya Mc Dee, Kentucky atau Pizza. Cuma Maggi mee segera, sampai kuning semua verenda.

Kedai buku waktu itu jarang dilanggan oleh kita sebab buku tulis di beri percuma. Bukan nipis tetapi setahun ta habis guna.

Alhamdullillah cukup BAHAGIA ANTARA KITA.

. . .. bersambung nostalgia.

Musim yang berganti terlalu pendek untuk dikatakan panjang,
Durian 3 kali musim telah gugur, kita masih menuntut dan berguru,
Sukar juga untuk anak warisan 100 % ini untuk di dewasakan.
Apa tidaknya, untuk mencapai akedemik yang terbaik, kita semua belajarlah dengan sistem pembelajaran kita tersendiri. Suasana cara belajar kita kan sukar dikawal, maklumlah semua jagoan tengik dari seluruh pelusuk negara. 'Mind setting' kita waktu itu, nak jadi perwira dalam salah satu cabang Angkatan Tentera Malaysia dengan harapan tinggi menggunung mengganggam watikah akedemik teknikal dan saintis.

Jelasnya ATM telah mengorak langkah pembangunannya mengimbangi lagak tentera serantau. Mana tidaknya, waktu itu peperangan vietnam berhamburan buminya, vietkong dengan tentera Amerika Syarikat, badang bodoh tu. Kita yang muda ini lagak jalan macam Bruce Lee, pantang tersentuh, lantas mengadap lawan, macam Hang Jebat dalam perguruan. Tetapi bila anak gadis tempatan sentuh, terus tukar jadi cair leher bak lilin dibakar. Lentok liuk manja konon. Lupa nak kena starlight.
Nak sebut ke nama . . . . . jangan brader. Saya ta jadi hal, kalau tidak diakui ada awek (terminology dulu-dulu) pun nanti 2 minggu halaman email kita akan kecoh brader semua kutuk saya.

Bagusnya waktu itu, semua brader sekapal tahu siapa awek kepada siapa. Saya masih ingat beberapa antara brader kita yang memiliki saham yang tinggi di seantaro Port Dickson. Dari Seremban, Lukut, Kampung Arab, bandar P.D (semua kedai termasuk kedai Ani - mee hailam) jika ada pelayannya anak gadis, semua budak Afats yang ada saham mereka kenal, walaupun kita tidak kenal mereka semua. Jika masuk kedai tu setiap mereka tanya si mat tiarap (mereka gelarkan kita mat tiarap) itu dan ini, keluar ke tidak. Salam dari awek-awek ni macam-macam ada. Cantiknya, semua ada disiplin. Tiada sesiapa pun yang ambil kesempatan. Memilih awek pun ikut seniority. Brader yang sulung tetap tolong memaklumkan salam yang dikirimkan awek brader Intermediate begitu juga yang Junior. Betul ke Amir Abdullah (Saudagar Pengawal Republikan di Kucing).

Panjang ni brader. Itu baru sampai pekan P.D. Belum masuk ke SMK PD dan SMI PD. Belum sentuh nostalgia Kg. Sawah, Teluk Kemang, Pasir Panjang hingga Pengkalan Kempas belok ke Linggi. Apa pun saya tetap setia dengan yang dulu, Noni namanya, walaupun ada dugaannya. Alhamdullillah. Walaupun tidak ramai yang awek mengawek ni.
Yang tidak mengawek ini bukan tidak macho, cuma pilihan agak terhad di P.D tu. Mat Tiarap yang miang waktu itu lebih kurang 50 orang dari 180 orang. Mana cukup nak tampung. Jejaka pemburu ramai lagi di kalangan sojar-sojar (soldier) lain di P.D Garison.

Asas ilmu, sempadan dan tauladannya adalah, hormat kita bukan sekadar brader tetapi melebihi adik beradik. Mana tidaknya, hukuman yang kurang sopan dan kurang tertib ini amat keras dan menakutkan (takut dalam ertikata klasifikasi waktu itu). Usahkan kena jumpa "Big Boss", jumpa "Kapala" pun dah cukup masak. Big Boss dan Kapala tu 2 jawatan tertinggi yang mentadbir dan memastikan sumpah semerah padi dipatuhi, terutama nilai wawasan Melayu jati, bukan gengterism, tetapi cukup berkesan hingga kini. Saya sendiri tidak akan memanggil senior saya dengan nama. Saya mesti guna brader atau abang di hadapan nama mereka. Saya faham mereka ini lah salah seorang ulamak kita yang dimaksudkan dalam Hadis Rasullulah itu, jangan jauhi mereka kalau inginkan ilmu.

Maaf, brader terlalu panjang. Untuk kita, durhaka kalau kita tidak hormati senior kita. Apa pun keadaannya. Tolong.

SUMPAH SEMERAH PADI, XAfats Tetap Jati.
Ajoi Kolopilah.

Brader, (Part 6)

Semalam tidak mengapa tetapi untuk tempoh 3 tahun bukan kepalang.
Apa guna cerita asrama-asrama sekolah lain. Nak tahu nostalgianya teruskanlah membaca ruangan ini.
Saya mulakan dengan waktu saya junior, salah, mula dengan interview lagi. Interview dipanggil melalui Surat Resmi Kementerian Pertahanan. Datang interview selama 2 hari 2 malam. Ngeri kalau kita bukan darah pahlawan. Surat tu suruh bawa pakaian sukan (game order) warna putih T-shirt berkolar, seluar pendek putih, stokin sukan putih dan kasut sukan pun putih. Mana ada zaman ini temuduga sebut sampai 'game order'. Tempat berkumpul di Stesyen Keretapi Seremban. Naik bas EME School hijau yang ada hidung tu. Masa itu escort bas tu pakai senjata sterling. Kita budak kampung terjeling-jeling nak tengok senjata tu. Maklumlah kelopaknya bengkok dan panjang. Panggil nama dan secara spontan kita jawap "Pak Cik". Serta merta kena marah "kepala otak kamu! Pak Cik". Jawab "staf". Fuyoooh, terkejut bodoh tu waktu itu. Samseng kampung hilang taring, kuku termasuk, ekor masuk bawah peha, batu naik sampai bawah dagu.

Brader, slogan 'correct at first time and correct all the times' telah diaplikasikan seawal beberapa patah perkataan pertama dengan tentera masa itu. Menegur kelemahan jangan tunggu lama. Akhirnya kita tidak akan buat lagi kerana impek teguran pertama amat berkesan.

Ada yang naik truck 3 ton, juga ada hidung. Sampai EME School lama, kita di bariskan dan taklimat untuk masuk bilik. Brader ingat blok mana ? Blok bilik Akedemik kat bawah tu. Ingat ke kita mandi guna kolam kanvas hijau yang didindingkan dengan canvas dinding muckey tent ! Bila malam beberapa brader senior datang sembang. Ada yang belikan mee dan nasi lemak untuk seorang dua. Masa tu Brader Ayob (Senior Apprentice Sargent) datang memberitahu skot mereka dan lain-lain brader untuk tidak mengganggu kita.

Selain dari ujian bertulis kita juga diarahkan untuk bermain beberapa permainan di padang EME School. Mereka berikan greding, maksudnya, ada markah sukan. Waktu itu kita belajar bahawa sukan dan kecergasan fizikal bukan doktor sahaja yang periksa. Nilai sukan diaplikasikan untuk memastikan kita dari kalangan kanak-kanak yang cukup cergas. Relevensi mengaitkan sukan sebagai penting untuk maju dan untuk bekerja dengan kerajaan waktu itu, jelas.

Temuduga akhir di laksanakan di Kementah dekat bangunan konkrit lama kawasan Tenaga Kerja. Dato' Abul As kalau tidak silap saya sebagai Pengerusi Lembaga No. 3. Balik ke kampung menunggu jawapan.

bersambng . . . Nostalgia Afats.

SPPAT AFATS ILUSINASI KITA

MENYUSUR SUARA BERKATA JAYA
RESTU AYAH BONDA BERDOA MOGA BERJAYA
KHATAMNYA TIGA PULUH ENAM PURNAMA
BEKALAN MEREMPOH SEADANYA USIA
AMALAN AGAMA PASTI NERACA KITA

ONAK SALJU PANAS MUKA BUMINYA
NAKHODA LAYAR DAYUNG DAN GURUH MELANDA
TATKALA SYURGA IBARAT MILIK KITA
NERAKA TIADA DALAM BUSANA
DARAH WIRA ACUAN BERTATAH PELBAGAI PERMATA
YANG KELIHATAN CAHAYA BERLIAN
TEDUHAN KACA BATU GELIGA

ULAMA' DUA ABAD TUA DAN MUDA
SUARA DAN LAKONAN PETUA ALAM DAN HARI KEMUDIANYA
BRADER TANDA SEGUA KULIAH DITIMBA
GRADUASI PADANG JARAK BUKAN SEKALI MALAHAN TIGA
MAHIR TIDAK SECUKUP PELENGKAP MENGHARUNG DEWASA

RIBUAN HALUAN AFATS HAMBURAN SUARA
TUAIAN BERBALOI ANTAH SEDIKIT CUMA
SEDIHNYA LAMA BELUM TERSUA
KETAGIH SENTUHAN KERINGAT SATU NAKHODA MATANGNYA
INGATLAH SUMPAHAN TANPA SUARA
AFATS AKIBATNYA RINDU BERSEMUKA
DENDAM LAMA SEMENTARA HUJUNG USIA
SILATURRAHIM KERAMAT INGIN BERSUA
MENGAMPUNKAN DOSA WALAUPUN MASIH TIADA
AFATS SPPAT WATIKAH ILUSINASI KITA


NUKILAN PUAKA: AJOI KOLO PILAH
ZULKIPLI BIN A. MALIK 530359 (Intake 6)

PENGILAP EMAS PUDAR WARNA

SEDIKIT YANG TINGGAL
SEDIKIT ALLAH YANG TAHU
BANYAK TERTUMPAH DARI DIKENDONG
YANG ADA MUNGKIN BERAS
MUNGKIN MELUKUT

PUTIH YANG DIUNGKAP ADA EMASNYA
EMAS YANG DIDAKAP NILAINYA GELOMBANG
DIGILAP TERTENTU RAMUANNYA
ALPA DEK KURANG ILMU USAHA
LOGAM KERAMAT INI TERTENTU USAPANNYA
HANYA MEREKA YANG DIA ANUGERAHKAN
RAHMAT SIAPA PENERIMANYA
LAGI KETENTUAN ALLAH JUA
YANG MAHA ADIL KEPALANG
TADBIRNYA JUGA KEPALANG
MANUSIA HANYA CIPTAANNYA
MENCIPTA ADIL DUNIA

TELAH DIWASIATKAN
DERITA PERSALAHKAN ZAT MELATA
HARAPKAN EMAS PUDAR KILAUAN BERPANJANGAN
NYATA KURANG FAHAMNYA BERDUKA
ATAS NAMA EMAS PUDAR WARNA

EMAS USIA TIADA BATAS
SEUSIA MASIH BERMASA
DURHAKA MENGUNDANG BISA
ULAMA' MERATA DENGARKAN DIA BERCERITA
TIDAK BERAKHIR MULA AKAN TAMAT
CUBALAH BATU BUKAN KERAS
EMAS PUDAR KILAUAN HARAPAN MUNGKIN ADA
ALLAH EMPUNYA NERACA
KITA MENGGAPAI PUNCA
ANTARA ANUGERAH DAN BALA
TERBAIK BERADA DISEDERHANA
CERITA NASIHAT PUAKA
SEMOGA BERJAYA


NUKILAN: AJOI DARI KOLO PILAH
ZULKIPLI BIN A. MALIK 530359 (Intake 6)

Nostalgia AFATS (Part VI)

MENUJU GEMILANG

Sylibus pertama tah apa-apa
anak-anak watan diolah jelas tumpuannya.
Objektif berguru untuk dijadikan perwira,
Minggu pertama dilengkapkan dengan semua,
kostium termasuk tanjak dan no senjata,
Pelbagai benda yang tidak pernah kita jumpa,
Ibarat beruk dapat bunga,
dipegang dicium serba ta kena,
akhirnya digigit dimamah jua.

Pertama bermula perkara derita,
kasut gerutu entah buat apa,
saiznya dah lah ta kira suka,
kulit katak puru nak dijadikan rata,
sibuk kepalang ta bolih angkat muka,
kita sibuk banyak perkara,
nak jawab soalan siapa nama saya ?
Silap-silap kasut jadi sarong muka.

Baju pula berbagai warna,
hijau, loreng dan juga seluar kebaya,
penuh kit bag nak taruk dimana,
nasib baik keluarga ta sibuk tanya-tanya.
Kalau mereka tahu pasti turut berduka.

Anak watan 60 cekalkan juga,
Lupa hari dan berapa purnama,
Kawad kaki, senjata pula menjelma,
Mula suka akhirnya jadi pembawa derita,
Demi maruah diteruskan juga.

Kalau dah bodoh ta bolih cerita
tong sampah getah memang Fathullah suka
yang lain suka sambil derita
rehat Magnolia susu paling gembira
jakun ta lama cuma beberapa purnama,

lulus kawad kaki ke PD bersuka ria,
wayang kung fu pilihan brader semua,
bila balik kembali sengsara,
melayan brader macam-macam ada,
Nama panjang menjela-jela,
ta ingat kena capoi, starlight dan helikopter,
akhirnya mereka jugalah saudara kita,
sekawah sedulang semua jadi samarata.
AFATS hidup semoga gemilang.


Nukilan: Ajoi Kolopilah



ZULKIPLI BIN A. MALIK 530359 (Intake 6)

RAGAM PERANTIS

TERSUNGKUR JATUH
BAK UNGKAPAN WARISAN
BERPATAH SAYAP PARUH DITUNGKATKAN JUA
MENYUSUL KAWAN TETAP DISUSUL
KESELAMATAN PAPA BERJALAN SEORANG, KELUARGA DIJINJIT JUA
PERANTIS BERUSAHA UNTUK BERSAMA
JELAS SELAGI KHUDRAT TERDAYA
BUDAYA JATI PERANTIS KEKAL DALAM JIWA

DUA CUPING TELINGA DAN DUA BIJI MATA
TIDAK CUKUP UNTUK MENDENGAR MELIHAT KELILING
KAWANAN CELOTEH SUKA DUKA
SAHUT MENYAHUT BERCERITA TA SEMPAT TAMAT
TERBAHAK DAHULU DARI ISI CERITA
KISAH SAHABAT PELBAGAI TRAJIS
YANG MALANG JADI TAULADAN
YANG SUKSES BERI PEDOMAN

HJ PERTAMA DIJANJI KAWAN WAYANG HINDI
PANGGUNG GOH WEE BUKAN YANG TZE
WAYANG BERLANGSUNG HARIM MASIH SENDIRI
DILUAR PANGGUNG SI KAWAN MUNGKIR BERJANJI
SEGAN TANPA DUIT TAMBANG TANPA BAKI
PELARI PECUT DI DUGA ILMU SENDIRI
MENAPAK MENYUSUR PANTAI BERSEDIH HATI
KE BT EMPAT DARI PANGGUNG GOH WEE
TRAJIS DIRAHSIA SEORANG DIRI
KINI BERCERITA KELEMAHAN DIRI
KATANYA NAK CARI KAWAN YANG BERJANJI
NAK TANYA PUNCA MUNGKIR JANJI
YANG PASTI NAK PUKUL TETAPI TA MUNGKIN MATI
SEBAB KAWAN MAAF NAK DIBERI

HAJI KEDUA EMPUNYA TRAJIS
ABDULLAH MUSA MENGISAHKAN SENDIRI
MENCEROBOH PAGAR JUMPA BIDADARI
TENGAH MALAM BUKAN TENGAHARI
HINGGA DIKEPONG NAK DI BELASAH DIRI
MENGADU BRADER RIDZUAN ABANG TIRI
MELEPASKAN DIRI SALAH SENDIRI
ALAIS MD ZAIN TURUT JADI SAKSI
HISAP ROKOK EMPUNYA TRAJEDI
DIHUKUM NAIK BAS MUNCUNG UNTUK BALIK BERLARI
DARI SUA BETONG BALIK BERLARI
CEKAL HATI ROKOK TETAP DIHISAP HARI INI
KATANYA BILA JUMPA KAWAN ROKOK MESTI DICELAH JARI

ANAK MALIK ROMEO NAMA ZULKIPLI
DITEGUR POLISI KERANA MEMBELAI BIDADARI
TERLALU ASYIK DENGAN GELI-GELI
MAT POLIS BERMOTOR LAMA BERDIRI
TA SENONOH TA SEDAR DIRI
LAMA-LAMA HON DI BUNYI
PERLAHAN-LAHAN PISAHKAN DIRI
BIDADARI MALU TETAPI TETAP TA LARI
ROMEO KINI DAH KAHWIN DENGAN BIDADARI
UMUR PUN LANJUT SEANGKATAN DENGAN PAK HAJI
YANG BAIK UTAMA BARU HAJI RADHI
BELUM CERITA KELEMAHAN DIRI
NAMA DIJAGA UNTUK PERSONALITI

FADZIL MEMBUKA KELEMAHAN DIRI
BUDAK HAMIDAH PUNCA BERUBAH DIRI
TURNING POINT KATANYA TERJADI
KURANG CERITA SEBAB MASIH DALAM HATI
KINI SIBUK NAK LANGSUNGKAN KENDURI
ANAK SULUNG DAH NAK BERSUAMI
ANAK ENAM SEMUANYA SAUDARI BERSERI
SEPERTI JUGA FADZIL SENYUM MEMBAWA REZEKI

ADKA ZAINI DAN ASMARANI
BELUM CERITA APA-APA YANG TERJADI
MEMANG BAIK MEMENDAM HATI
HINGGA BUJANG SAMPAI MATI
CEPAT BALIK SAYANGKAN ISTERI
ADKA MULIA AYAH YANG SATU INI
ZAINI DITEMAN ANAK YAKINKAN BINI
MACAM-MACAM PERANTIS INI
TETAP KEKAL SIMPULAN PEKERTI
PERANTIS AFATS MASA KINI
TETAP TEGUH SEJIWA SEHATI

ZULKIPLI BIN A. MALIK 530359 (Intake 6)

MAHSUD PERANTIS BERHARI RAYA

BERSUSUN ANAK TANGGA ZURIAT PERANTIS KITA
TERTUA ENAM PULUH KURANG EMPAT
ANTARA KITA DISIMPAN
YANG SEGAR TERUS CERIA
KHUTRAT DAN PANCAINDERA KHALIFAH DUNIA
BERBAKTI KEPADA ZURIAT LANGSUNGNYA
DAN UMMAT DUNIA ANTARANYA PEWARIS NAMA KITA

TIADA YANG BERSIH DARI DOSA
TERCALAR PUTIHNYA OLEH ALPA SESAMA KITA
USIA PENGUKIR KELEMAHAN KITA DAN TERHADAPNYA
SABAN TAHUN MENYUSUR USIA
MALAH JEMU BUKAN PENGHALANG MEMBERSIH DOSA
MILIK SIAPA JIKA BUKAN YANG MAHA ESA
AMPUNYA YANG TIADA BERTANDA

SYAWAL MULIA BERULANG SELAGI USIA
BUKAN MENGELUH UZUR KITA
CENDERAWASIH TIDAK LAMA DIAWAN
SAYAP LONGLAI KE TANAH JUA
MAAF DI POHON KALANGAN KITA DAN MAKHLUK YANG TIADA SUARA
AGAR BAHAGIA JUSTERU SEKADAR ANTARA KITA
DENGANNYA AMALAN PENENTU PUTIHNYA KITA
UNGKAPAN ZAHIR DAN BATIN KURANG FAHAM KITA
MAKSUDNYA SERBANIKA YANG MEROSAKAN WARNA KITA
WALAUPUN PUTIH HARAPAN KITA
ASALKAN BUKAN CACA MARBA AKHIR HIDUP KITA
SELAMAT HARI RAYA KEAMPUNAN KETENTUAN YANG MAHA BERKUASA

AJOI KOLOPILAH

ZULKIPLI BIN A. MALIK 530359 (Intake 6)

ANTARA BERJAYA DAN BAHAGIA
ANTARA KITA SIAPA YANG TIDAK DURHAKA
IBU BAPA SEMUA KITA PERNAH ADA
SUMPAH DURHAKA IALAH HIDUP TIDAK SEMPURNA
DI AKHIRAT BERMULA DARI DUNIA
BANG ACIK DAN CIK KAK SEMUA
JELASNYA SEMUA BERJAYA
BAGAIMANA DENGAN BAHAGIA
APA ITU BAHAGIA
MACAMANA NAK BAHAGIA
AWAL ADAKAH BAHAGIA
AKHIR MUNGKINKAH BAHAGIA
DURHAKA MULA-MULA KITA PERIKSA
TAKUT SENGSARA HINGGA USIA TUA
IBU YANG UTAMA DISEBUT ULANG TIGA
BAPA SEKALI DIAKHIRNYA
MELANGIT DARJAT DITEMPA
MAHLIGAI DUDUK MENTERA
BERJAYA NAMPAK NYATA
BAHAGIA BELUM PASTI MILIK KITA
SENARAI ANAK WATAN SEMUA
IBU LETAKNYA DURHAKA PERTAMA
MANAKAN TIDAK SEUSIA TUJUH MUSIM BUNGA
KITA ADA DURHAKA YANG TIDAK SENGAJA
IBU MEMILIKI KEAMPUNAN UNTUK JALAN BAHAGIA
BAPA PENDINDING SENGSARA
JANGAN TERLAMBAT SEMASA USIA MILIKNYA JUA
SAYA INSAN LANJUT USIA
BAHAGIA MASIH DIGAPAI SEDAR DAH SENJA
DERITA SAYA BAHAGIA SEMUA
ZULKIPLI BIN A. MALIK 530359 (Intake 6)

MASIH ADA

ANTARA KITA JAUH BERBEZA
KURNIA ILAHI YANG MAHA ESA
ALLAH YANG PENTADBIR SEMUA MAKHLUKNYA
KITA HINA DIMELATA DUNIA

SEMUANYA BERKELUARGA TERTINGGAL SATU CUMA
JANGAN . . . . JANGAN SEBUT NAMA . . .
BERKELUARGA ATAU MASIH TERUNA
NATIJAHNYA KITA KHALIFAH DI DUNIA
DISAAT INI KITA MASIH PEMUSNAH DUNIA
NYATA BENARNYA FIRMAN YANG ESA

MANAKAN TIDAKNYA
KIAN LAMA KATA LELAKI MAKIN TUA
DENGAN HARAPAN ISTERI SENTIASA MUDA
DENGAN HARAPAN ISTERI TA MAKAN TUA
DENGAN HARAPAN ISTERI TURUT KATA
DENGAN HARAPAN MASAK SEDAP AJE
DENGAN HARAPAN SENTIASA BAU BUNGA
DENGAN HARAPAN BAKI DUIT SENTIASA ADA
SEDANGKAN KITA JELAS DAH TUA
SEDANGKAN KITA DUDUK MEMIKIR TAH APA-APA
SEDANGKAN KITA MAKIN KUAT SELERA
SEDANGKAN KITA DULU RAMPING DAH TA NAMPAK RANGKA
SEDANGKAN KITA MANJANG DUIT TA ADA

TIDAK SEMUA TETAPI RAMAI DAH TUKAR RUPA
DAHULU MACHO KINI DAH LONCHO
BUNTUT DAH TIADA PERUT MENDEPA
LETAK GELAS PASTI TA JATUH PUNYA
MATA DAH RABUN SELERA MUDA
INGAT . . . . KITA SEMUA MEMANG DAH TUA
JANGAN MENGADA MENGARUT PUNYA CERITA
MASIH ADA MASA UNTUK KITA
KEMBALI MESRA SESAMA BRADER



ZULKIPLI BIN A. MALIK 530359 (Intake 6)

KITA MEREKA DI MANA

BINTANG GEMINTANG BERKELIPAN
SILIH BERTUKAR ANTARA WARNA PELANGI
ANTARANYA JELAS DAN ADA YANG SAMAR-SAMAR
YANG DEKAT TIDAK BERKELIP
YANG JAUH HILANG DAN MUNCUL

TURUT SAMA SINAR MENYINARI
DILAPANGAN CAHAYA MELIMPAH
DINAUNGAN KELAM MENCARI ARAH
SATU HARAPAN MENCARI BAROKAH
MENGIDAMKAN SYURGA MENGALIRNYA SUSU DAN MADU
BERSELOKA DENGAN BIDADARI
MANISNYA TIDAK LUNTUR

KINI TERSOHOR YANG MENINGGALKAN NAMA
MANA PERGI WANG RINGGITNYA
MANA LETAK KERETA BESARNYA
MASIH CANTIK MERPATI PUJAANNYA
KITA MASIH ADA MASA
UNTUK MENEMPA NAMA
UNTUK DIDOAKAN SETELAH TIADA
SANAK SAUDARA SEKAMPUNG KAWAN KITA
BRADER YANG SEGURU DAN SEPONDOK
SENTIASA DIKENANG TA MUNGKIN DILUPA

Ajoi Kolopilih




ZULKIPLI BIN A. MALIK 530359 (Intake 6)


Brader Semua,
Kita mungkin telah berkhidmat dalam pelbagai Kor selepas Afats. Aku sendiri berkhidmat dengan RAMD. Nyata dan terbukti Kor JLJ dalam tahun 1970an memiliki disiplin ketenteraan yang hebat dan cukup professional dengan motto nya BERTUKANG DAN BERPERANG. Kita imbau tentang ketukangan medan JLJ sendiri. Semua bidang ketukangan dimiliki oleh JLJ. Dari kerja merangka sesuatu ketukangan hingga siap terbentuk. Dari besi, kayu, dawai dan semua jenis minyak ada dalam EME School. Apa sahaja masalah ketukangan EME School dilatih.
Kedua kita imbau pematuhan disiplin ketenteraannya. Kita menimba pengalaman kawad (asas disiplin) di Afats juga setegas RAMD waktu itu, jalan dalam kumpulan, jalan pergi RSAT, jalan ke Cook House, jalan masuk padang bola, jalan pergi dan balik kelas, jalan kumpulan sorak jika ke pertandingan sukan sekitar PD. semuanya dalam kumpulan hingga hukuman keluar baris. Dah lah pakaian seluar putih baju T putih, stokin panjang putih kasut potong hitam. Itu baru jadi kumpulan sorak dan menonton acara sukan. Bawa barang waku berjalan pegang sebelah tangan kiri. Sesiapa yang short cut berjalan kalau Sjn Kapit nampak, mesti kena hukum.
Latihan senjata SLR dilatih macam tentera dewasa lengkap dengan Ujian Latihan senjata, ingat ke ujian membuka dan memasang SLR dan HBSLR. Ujian Tindakan Serta Merta (TSM) senjata, ujian mengisi dan keluaran peluru dalam magazine. "SENJATA TEMBAK BAIK SENJATA HENTI" KELOPAK KOSONG atau SUSAH CEKAH atau PELURU TA MELETUP" atau PELURU HABIS". Berpeluhlah jawapnye.
Muslihat (Taktik) kita juga belajar berjalan Barisan Melintang, "Single File", "Diamond Head" Arrow Head" dan kita juga belajar 'Section Battle Drill" Platoon Battle Drill" Leap Frogging, 'Cutterpiller" Semua jenis crowling. Kumpulan Serbuan, kumpulan penyekat, kumpulan Bantuan Tembakan.
IMP (Ilmu Medan Perang- Field Craft) kita juga belajar Menunjuk Sasaran, mengenal kapal terbang,
Ketenteraman Awam pun kita di ajar "Box Formation" dan "Open Formation" BERSURAI KALAU TIDAK KAMI TEMBAK".

Moral coretan ini adalah disiplin Kor JLJ waktu itu cekal memegang teguh motto mereka Bertukang dan Berperang. Syabas.

Bukan semua kasanova dan bukan semua bercinta. Nama mereka tidak ramai boleh dikira wakil setiap intake. Coretan ini berkisar semasa saya di Afats tanpa niat memburukkan sesiapa. Jika tidak disebut pun kita semua sudah tahu.
Ada yang gembira jika x country melalui Kampung Sawah. Ada yang suka jika x country laluan pantai. Ada yang berlari untuk menang. Ada yang berlari hilang .... balik berjalan. Ada yang berjalan melencong entah kemana. Sampai di Afats pun kira-kira menang juga.
Yang champion adalah bila wisel berbunyi untuk x country, 10% hilang x country laluan terus dalam bilik. Selalunya x country berlaku hari Jumaat sebab esoknya adalah hari Latihan Ketenteraan.
Yang sihat mencari sakit untuk bekalan esok hari berjumpa doktor di RSAT bawa Borang BAT D 42 (Borang Lapor Sakit) warna Merah. Yang bakal menjadi Jenderal sekarang ni menggosok baju PD Green, kilat Kasut dan kilat Buckle (tembaga) tali pinggang kawad. Mereka yang dijadualkan untuk Latihan Senjata (SLR) menyiapkan webbing equipment bagi Latihan Senjata. Yang mahal tu lipat dan gulung ponco diikat dibelakang tali pinggang patent 40 bukan patent 70. Webbing macam labah-labah tu. Pakai 'jungle boots' bukan 'combat boots' .
Jika jadual gotong royong, pakaian yang paling cantik iaitu fatique order (baju PT hijau, seluar PT Biru dengan stokin wool, kasut hockey boots dan jungle hat hijau. Jungle hat tu square, hebat. Ingat ke kita bancuh gam guna tepung ubi untuk keraskan jungle hat dengan tuangannya mess tin, jemur sampai kering dan keras. Lepas tu di gosok dengan sterika. Ha ............. ha............... hebat.
PLKN 3 tahun ..... yelah dasar latihan waktu itu 5% kecederaan tanpa Lembaga Siasatan. Atau bahasa askarnya wright off.

Brader Semua,
Kita mungkin telah berkhidmat dalam pelbagai Kor selepas Afats. Aku sendiri berkhidmat dengan RAMD. Nyata dan terbukti Kor JLJ dalam tahun 1970an memiliki disiplin ketenteraan yang hebat dan cukup professional dengan motto nya BERTUKANG DAN BERPERANG. Kita imbau tentang ketukangan medan JLJ sendiri. Semua bidang ketukangan dimiliki oleh JLJ. Dari kerja merangka sesuatu ketukangan hingga siap terbentuk. Dari besi, kayu, dawai dan semua jenis minyak ada dalam EME School. Apa sahaja masalah ketukangan EME School dilatih.
Kedua kita imbau pematuhan disiplin ketenteraannya. Kita menimba pengalaman kawad (asas disiplin) di Afats juga setegas RAMD waktu itu, jalan dalam kumpulan, jalan pergi RSAT, jalan ke Cook House, jalan masuk padang bola, jalan pergi dan balik kelas, jalan kumpulan sorak jika ke pertandingan sukan sekitar PD. semuanya dalam kumpulan hingga hukuman keluar baris. Dah lah pakaian seluar putih baju T putih, stokin panjang putih kasut potong hitam. Itu baru jadi kumpulan sorak dan menonton acara sukan. Bawa barang waku berjalan pegang sebelah tangan kiri. Sesiapa yang short cut berjalan kalau Sjn Kapit nampak, mesti kena hukum.
Latihan senjata SLR dilatih macam tentera dewasa lengkap dengan Ujian Latihan senjata, ingat ke ujian membuka dan memasang SLR dan HBSLR. Ujian Tindakan Serta Merta (TSM) senjata, ujian mengisi dan keluaran peluru dalam magazine. "SENJATA TEMBAK BAIK SENJATA HENTI" KELOPAK KOSONG atau SUSAH CEKAH atau PELURU TA MELETUP" atau PELURU HABIS". Berpeluhlah jawapnye.
Muslihat (Taktik) kita juga belajar berjalan Barisan Melintang, "Single File", "Diamond Head" Arrow Head" dan kita juga belajar 'Section Battle Drill" Platoon Battle Drill" Leap Frogging, 'Cutterpiller" Semua jenis crowling. Kumpulan Serbuan, kumpulan penyekat, kumpulan Bantuan Tembakan.
IMP (Ilmu Medan Perang- Field Craft) kita juga belajar Menunjuk Sasaran, mengenal kapal terbang,
Ketenteraman Awam pun kita di ajar "Box Formation" dan "Open Formation" BERSURAI KALAU TIDAK KAMI TEMBAK".

No comments: