Saturday, December 15, 2007

Masaalah Remaja

Terdapat remaja Melayu dan berugama Islam masa kini sedang menghadapi dugaan yang amat dahsyat dari keadaan sekeliling. Terlalu banyak yang telah diperkatakan melalui media massa perdana mahu pun tabloid. Berbagai-bagai gejala sosial dan aksi-aksi salah laku remaja yang dipaparkan setiap hari di dada-dada akhbar dan sebagainya. Bagi saya masaalah yang paling mencabar remaja adalah ketagihan sex. Terdapat ramai remaja lelaki mahu pun perempuan yang dengan mudah sanggup melakukan hubungan sex sebelum nikah. Ada dikalangan kanak-kanak sekolah yang telah pernah melakukan hubungan sex apatah lagi remaja yang telah berhenti atau tidak lagi besekolah. Remaja perempuan yang pada pandangan mata kasar kelihatan seperti orang yang berpegang kuat dengan ugama (melalui penampilan cara berpakaian) ramai yang terlibat dengan sex luar nikah akibat pujukan lelaki yang ketagihan sex. Kita boleh sahaja berkata ini semua tanda-tanda awal dunia akan kiamat tetapi tidak adakah apa-apa usaha dari kita untuk mencegah perbuatan salahlaku seperti ini dari menular di kalangan masyarakat?

Dalam tahun 60an ke 70an masyarakat kampung sangat menitik beratkan tentang perhubungan antara anak gadis dan teruna. Jika terdapat tanda-tanda terjalin hubungan asmara antara mereka, ibu bapa segera bertindak. Tindakan menghalang atau pun cepat-cepat mengahwinkan mereka. Mungkin ini salah satu cara berkesan untuk menghalang hubungan sex terlarang.

Ramai orang berhujah bahawa tidak ada penekanan tentang ugama oleh ibu bapa kepada anak-anak merupakan sebab utama gejala ini. Walaubagaimanapun perlu diingat bahawa ramai diantara pelaku hubungan sex terlarang ini terdiri dari anak-anak yang masih bersekolah mahu pun yang baru meninggalkan alam persekolahan. Pada zaman ini semua pelajar yang berugama Islam diwajibkan mempelajari mata pelajaran ugama Islam di sekolah. Kebanyakan mereka celik Al Quran. Namun hubungan sumbang ini terjadi juga. Kenapa? Tolong saya mencari penyelesaian untuk masaalah ini.

No comments: