Saturday, November 3, 2007

Koleksi Pantun Ciptaan Ku

Sekuntum bunga indah di taman,
Mekar mewangi seluruh desa,
Sudah dimiliki si jelita rupawan,
Kenapa hidup tidak bahagia?

Berlari laju sekumpulan haiwan,
Ketua kawanan seokor jantan,
Walaupun wajah jelita rupawan,
Sayangnya akhlak macam syaitan.

Niur gading puncak mahligai
Sayang Serawak irama asli
Kasih sayang sukar dinilai
Kerana terletak di dalam hati

Angan aku angan tak sudah
Setiap hari termenung termanggu
Kekasih hati terlepas sudah
Tinggallah menangis tidak berlagu


No comments: