Wednesday, October 31, 2007

Buat Adik Ku



Adik tu comel sekali.
Lama sudah aku bersamanya.
Dari mula aku telah sayang padanya.
Hingga kini aku masih sayang padanya.
Walau di mana dia berada,
aku tetap ingat padanya.
Aku rindu padanya ...... sentiasa.

Adik ku tidak berkata-kata.
Dia diam seribu bahasa.
Hanya aku yang faham bahasanya.
Kerana aku sayang padanya.


23 Okt 2007

Sajak kesukaan ku


Menambat Rakit

Sesudah demikian lama dicintai,
sukarlah dilupakan.
Inti pengalaman, kepedihan;
akar kerinduan keresahan…
Memang begitu banyak
diperlukan kekuatan,
kepangkalan batin, rakit ditambatkan
bara kenangan dikuatkan
Akhirnya, tak terduga, kekuatan membuak sendiri,
dan disedari, semua takkan sampai, ke dasar inti.
Tiada lagilah bezanya,
sama ada hilangnya kemudian
atau tenggelamnya sekarang.
Tiada juga bezanya ,
jika ia langsung tak datang
atau tiba-tiba terkorban
Kepiluan yang berlanjut akhirnya,
ditenterami keyakinan,
betapa dielak pun takdir
tetap terbuka pintunya
bertanya: manusia, engkau ini sebenar-benarnya siapa..

~A. Samad Said (1985 )

Segar


Hasil kesabaran ku dan isteri.