Friday, September 14, 2007

Mencari Malam Seribu Bulan

Mengisi/menghidupkan malam-malam Ramadhan 1428 Hijrah
Surau Taman Jasmin, Kajang.
Tiada berbeza, yang tua, yang muda, yang berilmu, yang tiada, kami sama-sama sedaya upaya mencari Malam Seribu Bulan. Insya Allah.

Thursday, September 13, 2007

Ramadhan Datang Lagi


Selamat datang Ramadhan. Kehadiran mu pada tahun ini membawa seribu erti buat diri ku. Aku yang pada usia setengah abad ini, mula merasai nikmatnya diri mu. Permulaan untuk ku bersama-sama para sahabat ku mengisi waktu menghayati erti kemanisan diri mu. Syukur ku kepada Pencipta ku yang satu. Kau temukan aku dengan nikmat ini. Ramadhan 1428 Hijrah.

Tuesday, September 11, 2007

Sajak Buat Fadzlin


Remaja

Satu tempoh seadanya
Satu detik yang sangat bahagia
Rakan, kawan, handai , taulan lebih diutama
Namun dua insan ini jangan sekali-kali kau lupa
jangan sekali-kali kau lukai hati mereka

Rakan hanya tempat bermesra
Kawan tempat bermanja, bercerita
Ibu bapa bersama mu selamanya

Fadzlin 12 tahun 19 Ogos 2007

Monday, September 10, 2007

Assalamualaikum




Selamat datang ke blog saya. Saya masih dangkal di dalam pengalaman sebagai seorang bloggers. So kalau ada apa-apa komen yang membina saya sedia menerimanya dengan hati terbuka. Selamat ... selamat.